Sejarah Sebenar Yang Disembunyikan

Kebanyakan perkara yang kita ketahui mengenai sejarah dipelajari dari pelbagai buku. Para pembaca jarang meragui kandungan buku berkenaan dan menerimanya bulat-bulat.

Namun apabila berkaitan dengan sejarah manusia khususnya,seringkali buku tersebut menyampaikan teori yang dibentuk oleh konsep usang yang sudah tidak sah dalam bidang biologi, biologi molekul, paleontologi, genetik, biogenetik dan antropologi. Seiring dengan keruntuhan saintifik teori evolusi, pemahaman kita tentang sejarah berdasarkan teori evolusi turut terbatal.

Jika seorang ahli sejarah menganalisis Perang Dunia Ke-2 dengan pemikiran Sosialis Nasional, boleh jadi beliau menggambarkan Hitler sebagai seorang pemimpin yang hebat berdasarkan gambar di bawah sahaja.
Adolf Hitler memberi ucapan di hadapan rakyat jelata kelihatan hebat di sebalik kekejaman yang dilakukannya.
Namun gambar di bawah yang diambil di kem tahanan Buchenwald menunjukkan hanya satu daripada contoh pembunuhan kejam yang dilakukannya.
Beginilah keadaan timbunan mayat yang sempat dirakam di Kem Tahanan Buchenwald pada bulan April 1945. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/Buchenwald_concentration_camp.
Sejarawan bernama Edward A. Freeman membincangkan bagaimana pengetahuan sejarah kita mencerminkan "fakta":
Kerana dalam semua persoalan sejarah, kita berhadapan dengan pelbagai fakta yang datang daripada lingkungan pengaruh keinginan dan kerencaman manusia, dan bukti yang bergantung pada kebolehpercayaan pemberi maklumat yang sama ada sengaja menipu atau dikelirukan tanpa sedar. Seorang manusia mungkin berbohong, dia mungkin salah.1
Jadi, bagaimana untuk memastikan bahawa sejarah yang diwariskan kepada kita itu sememangnya benar?

Pertama sekali, kita harus memastikan objektif fakta-fakta yang disampaikan oleh sejarawan dan ahli arkeologi. Sebagaimana kebanyakan konsep abstrak, tafsiran sejarah mungkin berbeza mengikut orang yang berlainan. Dakwaan terhadap sesuatu peristiwa mungkin bercanggahan mengikut sudut pandang orang yang mengisahkannya. Dan interpretasi sesuatu perkara seringkali berubah apabila diulang cerita oleh mereka yang tidak menyaksikannya.

"Sejarah" ditakrifkan sebagai rekod kronologi berbagai peristiwa lampau. Tanggapan sejarawan akan menentukan makna dan kepentingan hal-hal tersebut. Misalannya, sejarah sesuatu peperangan mungkin dipengaruhi oleh mentaliti penulis tanpa mengira sama ada pihak yang menang itu benar atau salah. Seandainya dia simpati kepada mana-mana pihak, maka dia akan mengangkat mereka sebagai ‘pejuang kebebasan’ meskipun mereka menyerang wilayah lain dan melakukan pelbagai kekejaman.2 Contohnya, jika anda meneliti buku sejarah di antara dua negara yang bermusuhan, anda akan dapati bahawa masing-masing mereka mengulas peristiwa yang sama dengan cara yang amat bertentangan.

Inilah yang dilakukan oleh sejarawan dan saintis evolusionis pada hari ini. Mereka menyampaikan evolusi sejarah manusia sebagai satu kebenaran tanpa adanya bukti-bukti yang nyata. Mereka mengabaikan bukti kukuh yang menolak teori mereka, mentafsir bukti mengikut prejudis sendiri, lalu membentangkan teori yang dijadikan ideologi oleh sesetengah saintis sebagai satu hukum.


1 Edward Augustus Freeman, "Race and Language," dalam Essays, English and American, beserta nota pengenalan dan ilustrasi, New York: P. F. Collier & Son, [c1910] Harvard classics; No. XXVIII
2 Ahmad Thomson, Making History, London: Ta-Ha Publishers Ltd., 1997, hal. 4
Share on Google Plus

About Tawaran Biasiswa

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komen:

Catat Ulasan