Tinggalan Peradaban Kita

Apa Yang Akan Menjadi Tinggalan Peradaban Kita Sendiri?

Bayangkan apa yang akan ditinggalkan oleh peradaban kita hari ini dalam ratusan ribu tahun. Semua penimbunan budaya kita – lukisan, arca dan istana – akan lenyap, dan cuma sedikit kesan teknologi hari ini yang akan tinggal. Banyak bahan yang direka untuk tahan digunakan akhirnya akan di telan masa secara beransur-ansur di bawah pengaruh keadaan semulajadi. Keluli akan berkarat. Konkrit akan reput. Kemudahan bawah tanah roboh, dan semua bahan memerlukan penyelenggaraan.

Sekarang bayangkan pula puluhan ribu tahun telah berlalu, dan ianya telah ditimpa dengan ribuan gelen hujan, angin kencang berabad lamanya, banjir yang berulang dan gempa bumi. Boleh jadi apa yang tinggal hanyalah serpihan gergasi ukiran batu, blok-blok yang membentuk bangunan dan tinggalan beberapa arca, sama seperti apa yang telah ditinggalkan oleh sejarah.

Ataupun tinggalan kita tidak dapat memberi maklumat penuh berkaitan dengan tamadun kita, hanya segelintir puak yang hidup di Afrika, Australia atau beberapa tempat lain di dunia. Dengan erti kata lain, teknologi yang kita miliki hari ini (televisyen, komputer, ketuhar gelombang mikro, dan sebagainya), tiada kesan yang tertinggal meskipun kerangka utama bangunan atau beberapa serpihan arca tetap bertahan. Andainya saintis masa depan melihat kesan yang berselerak ini dan menggambarkan semua masyarakat pada masa itu hidup mundur, tidakkah mereka telah tersasar daripada kebenaran?
Bayangkan dunia ditimpa malapetaka dan hanya gambar ini sahaja yang tertinggal. Manusia pada masa hadapan akan menganggap bahawa kita masih belum maju pada tahun 2012. Mundurkah kita? Sumber gambar: http://www.hdwallpapers.in/walls/2012_movie-normal.jpg
Atau, jika seseorang menemui kerja yang ditulis dalam bahasa Mandarin dan membuat kesimpulan hanya berdasarkan teks ini, bahawa orang Cina merupakan bangsa terkebelakang yang berhubung melalui simbol-simbol pelik, apakah ini menggambarkan fakta sebenar? Ambil contoh arca The Thinker oleh Auguste Rodin yang sememangnya dikenali di seluruh dunia. Bayangkan jika arca ini ditemui semula oleh ahli arkeologi puluhan ribu tahun dari sekarang. Jika pengkaji tersebut berpegang kepada pra-andaian tentang kepercayaan dan cara hidup masyarakat kita, dan kekurangan dokumentasi sejarah, mereka juga mungkin mentafsir arca ini dengan cara berbeza. Mereka mungkin membayangkan bahawa komuniti kita menyembah arca 'orang berfikir', atau juga mendakwa patung berkenaan mewakili mitologi dewa-dewa yang salah.

Hari ini, pastinya kita tahu bahawa The Thinker adalah kerja seni yang dihasilkan atas dasar estetik dan artistik. Dengan kata lain, jika penyelidik puluhan ribu tahun kemudian kekurangan informasi dan berpegang pada pra-andaiannya tentang masa lalu, amat mustahil baginya untuk melihat kebenaran kerana dia akan mentafsir The Thinker mengikut pra-andaian sendiri dan mereka-reka senario yang bersesuaian.
Tahun 2000: Ahli arkeologi yang diracuni prejudis evolusionis bertegas bahawa ukiran lembu liar (bison) di dalam gua Tuc d'Audoubert yang terletak dalam kaki bukit Pyrenees di selatan Perancis – yang nilai artistiknya setanding dengan hasil seni moden seperti patung The Thinker buatan Rodin – kononnya dihasilkan oleh orang primitif. Namun teknik dan penampilan estetik ukiran itu membuktikan bahawa fizikal dan mental pembuatnya tidak berbeza dengan manusia hari ini, dan sebenarnya memiliki pemahaman artistik yang lebih baik berbanding yang lainnya.

Tahun 8000: Jika arca The Thinker buatan Rodin ditemui 6,000 tahun dari sekarang, dan manusia pada masa itu mentafsirnya dengan prejudis sama yang digunakan saintis moden dalam menilai tamadun silam, mereka akan menganggap bahawa manusia abad ke-20 menyembah arca yang berfikir, belum bersosial dan seumpamanya. Tidakkah ini menunjukkan betapa jauhnya mereka daripada kebenaran?

Maka, menilai maklumat yang ada tanpa prejudis atau berat sebelah, mengelak segala bentuk pra-andaian, dan berfikir dalam konteks yang luas adalah amat perlu. Perlu diingat, kita tiada bukti bahawa masyarakat berubah atau masyarakat purba adalah primitif. Semua andaian tersebut semata-mata mengandungi spekulasi dan berdasarkan analisis oleh ahli sejarah dan arkeologi yang menyokong evolusi.

Contohnya, lukisan haiwan pada dinding gua langsung digambarkan sebagai lukisan primitif oleh orang gua. Tetapi boleh jadi lukisan tersebut menjelaskan banyak pemahaman estetik yang dimiliki oleh mereka pada masa itu. Seorang artis yang memakai pakaian paling moden di masa itu pada mereka sekadar untuk tujuan artistik. Sebenarnya, ramai saintis kini menegaskan kemustahilan lukisan gua ini merupakan hasil kerja minda primitif.

Satu lagi contoh ialah gambaran batu berhujung runcing sebagai perkakas pertama yang dibuat oleh ‘manusia beruk’. Manusia pada masa itu mungkin telah membentuk batu ini untuk tujuan hiasan. Tiada sebarang bukti dan hanya andaian bahawa serpihan yang dijumpai digunakan sebagai alat. Saintis evolusionis telah mengkaji bukti yang ditemui secara berat sebelah. Mereka memanipulasi beberapa fosil yang mereka rasa dapat membuktikan teori tersebut, dan mengabai malahan membuang fosil yang lain.
Seseorang saintis yang menilai bukti dengan prejudis evolusionis mungkin membuat banyak tafsiran tentang zaman tertentu. Namun untuk tafsiran ini diterima, ianya mesti disokong oleh bukti dan data yang jelas. Setakat ini, golongan evolusionis tiada bukti untuk menyokong mitos manusia separa beruk yang berkomunikasi melalui dengusan, tinggal di dalam gua, duduk mengelilingi api, memakai pakaian berbulu dan memburu menggunakan senjata primitif. Semua ini hanyalah rekaan imaginasi evolusionis semata-mata. Sains menunjukkan bahawa manusia sememangnya hidup sebagai manusia selama ini.
Cara serupa telah dimainkan untuk membuktikan bahawa sejarah juga mengalami evolusi.1 Ahli antropologi berbangsa Amerika, Melville Herskovits menerangkan bagaimana evolusi sejarah berlaku dan cara evolusionis mentafsir bukti yang ditemui:
Setiap penganjur evolusi budaya memberi perincian berdasarkan andaian tentang perkembangan yang dianggapnya telah membentuk perkembangan manusia, oleh itu banyak contoh rantaian yang tidak selari telah direkodkan. Sesetengah daripada perkembangan ini hanya dihadkan untuk satu aspek budaya sahaja...2
Satu contoh penting yang mengesahkan pandangan Herskovits adalah kajian yang dijalankan oleh Lewis Henry Morgan, seorang ahli etnologi evolusionis yang mengkaji fasa dialami untuk mencapai struktur ketua keluarga dan monogami, yang menurutnya telah ‘berubah’ daripada primitif kepada yang lebih maju.

Tetapi dalam menjalankan kajian ini, beliau menggunakan pelbagai masyarakat berbeza di seluruh dunia sebagai contoh, yang langsung tidak berkaitan antara satu sama lain. Beliau kemudian menetapkan mereka bersesuaian dengan keputusan yang ingin dicapai. Jelas di sini bahawa daripada ratusan ribu budaya yang ada di dunia, beliau hanya memilih sebahagian yang bersesuaian dengan pendapatnya.

Herskovits menggambarkan bagaimana Morgan menyusun semula sejarah demi untuk membenarkan pandangannya. Bermula dengan komuniti primitif Australia yang bersistem matriarki, beliau menghubungkannya dengan masyarakat India Amerika yang bersistem patriarki. Kemudian meneruskan rantaian itu kepada puak-puak Yunani purba di zaman proto sejarah, di mana keturunan dimulakan oleh susur galur lelaki, tetapi tanpa monogami yang bersunguh-sungguh. Akhirnya skala urutan itu diwakili oleh peradaban hari ini – dengan keturunan bermula dari susur galur lelaki dan tanpa monogami yang tegas.

Herskovits memberi komentar terhadap urutan rekaan ini:
Tetapi jika siri ini dilihat dari perspektif sejarah, ia sememangnya karut...3



1 Abram Kardiner, diekstrak dari "Posthumous Essays oleh Branislau Malinowski", dalam Scientific American, Jun 1918, hal. 58.
2 Melville Herskovits, Man and His Works, New York: Knopf, 1950, hal. 467.
3 Ibid., hal. 476.
Share on Google Plus

About Tawaran Biasiswa

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komen:

Catat Ulasan