Apa Yang Tinggal Dalam Masa Puluhan Ribu Tahun?

Berbanding dengan sejarah manusia, jangka hayat bahan-bahan yang sering digunakan dalam pembinaan, industri, produk teknologi, dan banyak bidang kehidupan harian adalah agak singkat. Jika puluhan ribu tahun lalu manusia berlindung di bangunan kayu yang canggih, dapat difahami bahawa cuma sedikit bukti yang kekal pada masa kini.

Bayangkan tamadun kita musnah dalam beberapa bencana dahsyat. Berapa banyak sisa yang tertinggal dalam masa ratusan ribu tahun? Jika manusia akan datang menganggap kita primitif berdasarkan beberapa tetulang dan cebisan asas, setepat manakah tafsiran mereka itu?

Dalam masa puluhan ribu tahun, rumah-rumah batu moden seperti dalam gambar di bawah tidak akan berbeza dengan reruntuhan yang ditemui dalam misi penggalian di Catal Huyuk. Dalam keadaan semula jadi, kayu akan menjadi reput sebelum logam terhakis. Dalam segala kemungkinan, hanya dinding batu serta periuk dan mangkuk seramik yang tersisa. Justeru, jelas bahawa sebarang tuntutan ahli arkeologi pada masa hadapan bahawa manusia di tahun 2000 menjalani kehidupan primitif adalah salah. Golongan evolusionis pada hari ini mendapati diri mereka berada dalam situasi yang sama.
Rumah batu moden sebegini pastinya akan reput dalam masa puluhan ribu tahun akan datang.
Dalam masa puluhan ribu tahun, hanya beberapa blok batuan yang akan tertinggal daripada bangunan-bangunan masa kini. Bahan-bahan kayu dan objek yang diperbuat daripada besi akan mereput. Misalannya, tiada yang akan kekal pada lukisan dinding yang halus di Istana Ciragan, perabot, langsir dan karpetnya yang indah, chandelier atau alatan pencahayaan lainnya. Kesemua bahan-bahan ini akan mereput dan lenyap. Seseorang yang melintasi reruntuhan Istana Ciragan dari kejauhan hanya akan mendapati beberapa ketulan batu besar dan mungkin sebahagian bekas tapak istana. Andai situasi ini dijadikan sandaran bahawa kita belum membangun corak penempatan dan tinggal dalam rumah primitif yang terbuat daripada timbunan batuan, analisis tersebut jelas salah sepenuhnya.
Istana Ciragan di Turki yang terbakar dan keadaannya setelah dipulihara.
Sisa runtuhan yang masih terselamat sehingga ke hari ini dahulunya mungkin bangunan-bangunan yang menarik seperti Istana Ciragan. Jika seseorang meletak perabot di atas tinggalan ini dan menghiasinya dengan pelbagai langsir, karpet dan lampu, hasilnya akan menjadi menarik sekali lagi.

Al-Quran menyatakan bahawa masyarakat silam sangat maju dalam seni, seni bina, budaya dan pengetahuan. Dalam satu ayat, kita diberitahu bahawa mereka sangat hebat:
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. (Surah Ghaafir, ayat 21)

Share on Google Plus

About Tawaran Biasiswa

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komen:

Catat Ulasan