Siapa Lebih Primitif? Manusia Moden atau Manusia Purba?

Hasil Seni Yang Unggul Di Dalam Gua

Evolusionis berpendapat bahawa lebih kurang 30-40,000 tahun dahulu di Eropah, dan dalam jangka waktu yang lebih awal di Afrika, manusia beruk telah mengalami proses perubahan mendadak, dan tiba-tiba memiliki kemampuan berfikir dan menghasilkan barang-barang, sama seperti manusia moden. Ini kerana penemuan arkeologi pada masa itu memberi bukti penting yang tidak mampu dijelaskan oleh teori evolusi.

Menurut teori Darwin, teknologi peralatan batuan yang tidak berubah untuk hampir 200,000 tahun, tiba-tiba diganti dengan teknologi yang lebih maju dan berkembang pantas. Orang primitif yang kononnya turun dari pokok hanya mula hidup moden sebelum tiba-tiba memiliki bakat artistik dan mula mengukir serta melukis gambar-gambar yang amat indah dan canggih pada dinding gua di samping menghasilkan objek hiasan yang terlalu cantik seperti rantai leher dan gelang.
Satu daripada lukisan dinding yang ditemui di dalam gua-gua di Lascaux. Jelas sekali bahawa ia bukanlah hasil kerja manusia primitif yang baharu berpisah cara hidup dengan beruk.
Apa yang menyebabkan perkembangan sedemikian? Bagaimana dan mengapa ‘makhluk separa beruk yang primitif’ mendapat kebolehan artistik? Saintis evolusionis tidak mempunyai penjelasan bagaimana perkara ini berlaku, walaupun mereka ada mencadangkan beberapa hipotesis. Roger Lewin, seorang evolusionis menjelaskan kesukaran yang dihadapi oleh penyokong Darwin berkaitan masalah ini dalam bukunya yang berjudul The Origin of Modern Humans: “Mungkin kerana rekod arkeologi yang belum sempurna masih samar, ramai ilmuwan memberi maklumbalas berbeza berkaitan persoalan ini.”1

Walau bagaimanapun, penemuan arkeologi mendedahkan bahawa manusia telah mempunyai pemahaman budaya sejak awal kewujudannya lagi. Dari masa ke masa, pemahaman itu berkembang, berkurang, atau mengalami perubahan mendadak. Tetapi itu tidak bermakna proses evolusi telah terjadi, sebaliknya berlaku perkembangan dan perubahan budaya. Kemunculan hasil seni yang digambarkan oleh evolusionis sebagai ‘mendadak’, tidak menunjukkan sebarang perubahan biologi manusia (terutamanya dari segi kebijaksanaan).

Penduduk pada masa itu boleh jadi mengalami perubahan dari segi sosial, dan pemahaman artistik dan produktif mereka mungkin berubah, tetapi ini tidak memberi sebarang bukti perubahan daripada primitif kepada moden.

Perbezaan ketara antara tinggalan arkeologi yang ditinggalkan oleh masyarakat purba dan saki-baki anatomi dan biologi yang sepatutnya wujud – menurut evolusionis – sekali lagi menyanggah dakwaan para penyokong Darwin berkaitan subjek ini. (Untuk bukti terperinci yang meruntuhkan rekaan struktur keluarga manusia ini, yang merupakan asas dakwaan Darwinisme, sila baca buku bertajuk Menyanggah Darwinisme karya Harun Yahya.)

Evolusionis berpendapat bahawa perkembangan budaya manusia seharusnya sejajar dengan pembangunan dari segi biologi. Misalannya, manusia terlebih dahulu mesti meluahkan emosi asas menerusi lukisan-lukisan mudah, kemudian mengembangkannya sehingga pembangunan secara beransur-ansur itu akhirnya sampai ke kemuncak pencapaian artistik. Walau bagaimanapun, tinggalan artistik awal yang tersisa daripada sejarah manusia menghancurkan sepenuhnya andaian itu. Lukisan, ukiran dan ukiran timbul pada dinding-dinding gua dianggap sebagai contoh seni yang terawal, sekaligus membuktikan bahawa manusia di zaman itu memiliki pemahaman estetik yang sangat mendalam.

Ramai saintis yang membuat kajian di gua-gua menilai lukisan tersebut sebagai hasil kerja yang paling penting dan berharga dalam sejarah seni. Teknik bayangan pada lukisan-lukisan ini, penggunaan perspektif dan garis halus, kesungguhan perasaan yang terjelma pada ukirannya, dan corak estetik yang terhasil di waktu ukiran itu disinari cahaya mentari – kesemuanya merupakan ciri yang tidak mampu dijelaskan oleh evolusionis kerana menurut mereka, perkembangan sebegitu seharusnya muncul lebih lewat.

Banyak lukisan gua yang ditemui di Perancis, Sepanyol, Itali, China, India, sebahagian Afrika dan kawasan dunia yang lain memberi maklumat penting tentang struktur budaya masyarakat purba. Gaya dan teknik mewarna yang digunakan dalam lukisan ini sangat berkualiti sehingga mengagumkan para pengkaji. Tetapi saintis yang menganjurkan teori Darwin tetap juga menilainya mengikut prejudis masing-masing dan mentafsir hasil kerja tersebut secara berat sebelah agar berpadanan dengan cerita dongeng mereka. Mereka mendakwa bahawa hidupan yang baru menjadi manusia melukis gambaran binatang yang ditakuti atau diburu, dan melakukannya dalam keadaan serba primitif di gua tempat mereka tinggal. Tetapi teknik yang digunakan membutikan bahawa seniman purba mempunyai pemahaman yang sangat mendalam, serta berupaya untuk menggambarkannya dengan cara yang sangat menarik.

Teknik lukisan yang diaplikasikan juga membuktikan bahawa mereka langsung tidak hidup dalam keadaan serba kekurangan. Tambahan pula, lukisan pada dinding gua bukan bukti bahawa mereka tinggal di gua pada masa itu. Artis-artis tersebut mungkin tinggal berdekatan di kediaman yang lebih baik, tetapi memilih untuk melukis pada dinding gua. Emosi dan pemikiran bagaimana yang mempengaruhi subjek yang ingin dipersembahkan hanya diketahui di kalangan artis itu sendiri. Banyak spekulasi telah dikeluarkan berkenaan lukisan ini, di mana tafsiran yang paling mengarut ialah lukisan tersebut dihasilkan oleh hidupan yang berada di tahap primitif. Apa yang jelas, satu laporan yang diterbitkan di laman web BBC’s Science pada 22 Februari 2000, mengandungi baris berikut berkaitan lukisan-lukisan gua:

...[kita] menyangka bahawa ianya dibuat oleh orang primitif... Tetapi menurut dua orang saintis yang bekerja di Afrika Selatan, tanggapan terhadap pelukis purba ini salah. Mereka percaya lukisan-lukisan tersebut adalah bukti masyarakat yang kompleks dan moden.2

Andainya hasil seni hari ini akan dikaji dengan pemikiran yang sama dalam ribuan tahun, banyak polemik mungkin timbul tentang sama ada masyarakat abad ke-21 merupakan puak primitif atau tamadun yang maju. Jika lukisan-lukisan artis moden yang berkeadaan baik ditemui 5,000 tahun kemudian, dan tiada dokumentasi bertulis yang masih wujud tentang keadaan hari ini, bagaimanakah tanggapan generasi akan datang terhadap tamadun kita?
Jika generasi akan datang ingin menilai hasil seni masa kini berdasarkan pra-andaian evolusionis, pendapat yang amat berbeza tentang masyarakat kita akan terhasil. Evolusionis masa hadapan mungkin mentafsir hasil kerja Pablo Picasso atau Salvador Dali, atau surrealists (aliran seni bawah sedar) lain, dan menganggap bahawa masyarakat kita lebih primitif. Namun, tanggapan sedemikian pasti akan gagal untuk menggambarkan hakikat sebenar. Kanan: Exploding Clock, Salvador Dali. Tengah: Man with a Pipe dan Guitar, Pablo Picasso. Kiri: The Flaming Horse, Salvador Dali.
Sekiranya masyarakat akan datang menemui hasil kerja Van Gogh atau Picasso dan menilainya dari perspektif evolusionis, bagaimanakah tanggapan mereka terhadap masyarakat moden kita? Apakah pemandangan Claude Monet akan mengilhamkan komentar seperti “Industri belum lagi dibangunkan, dan manusia hanya menjalani cara hidup pertanian”, atau gambaran abstrak Wassily Kandinsky mengilhamkan komentar seperti “Manusia masih belum mampu membaca atau tulisan hanya difahami melalui pelbagai contengan”? Apakah tafsiran sebegini akan membawa mereka hampir kepada gambaran sebenar masyarakat moden kita?

1 Roger Lewin, The Origin of Modern Humans, New York: W. H. Freeman and Company, 1993, hal. 116.
2 Claire Imber, “Ape-Man: Origin of Sophistication”, BBC News, 22 Februari 2000, http://news.bbc.co.uk/1/hi/sci/tech/650095.stm
Share on Google Plus

About Tawaran Biasiswa

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komen:

Catat Ulasan