Pembohongan Zaman Batu Terupam

Kerja batu yang paling menarik perhatian masih wujud sehingga ke hari ini dalam tinggalan arkeologi. Demi membentuk batu yang terperinci dan sekata, alatan keluli yang kuat secara amnya perlu digunakan. Seseorang tidak mampu membuat rekaan dan bentuk yang halus dengan menggosok atau menggeserkan batu dengan batu yang lain. Infrastruktur teknikal adalah penting demi memotong dengan tepat batuan yang sekeras granit dan membuat corak pada permukaannya.

Banyak alatan batuan yang tetap tajam dan terang merupakan manifestasi daripada pemotongan dan pembentukan yang tepat. Cara saintis evolusionis menggambarkan era mereka sebagai "Zaman Batu Terupam" adalah benar-benar tidak saintifik. Mustahil untuk sesuatu gilapan bertahan sejak ribuan tahun. Batu tersebut masih berkilau kerana pemotongan yang tepat, bukan kerana gilapan sepertimana yang didakwa oleh evolusionis. Kilatannya berpunca dari dalam batu itu sendiri.

Gelang yang diperbuat daripada marmar (kiri) dan gelang di sebelah kanan dibikin daripada basalt. Kedua-duanya berasal dari tahun antara 8,500 dan 9,000 SM.

Gambar di atas menunjukkan gelang yang diperbuat daripada marmar (kiri) dan gelang di sebelah kanan dibikin daripada basalt. Kedua-duanya berasal dari tahun antara 8,500 dan 9,000 SM. Evolusionis mendakwa bahawa dalam tempoh itu, hanya alatan yang dibuat daripada batu sahaja telah digunakan. Tetapi basalt dan marmar adalah bahan yang sangat keras. Untuk membentuknya menjadi rangkaian bulat sebegitu, bilah dan peralatan keluli mesti digunakan. Mustahil untuk memotong dan membentuk bahan tersebut tanpa penggunaan alat keluli.

Jika anda memberi seketul batu pada seseorang dan meminta beliau menggunakannya untuk membuat gelang seperti dalam gambar daripada sepotong basalt, apakah tahap kejayaannya? Menggosok atau memukul batu pada batu lainnya tentu sahaja tidak dapat menghasilkan gelang. Tambahan pula, artifak-artifak ini menunjukkan bahawa pembuatnya merupakan individu bertamadun yang memiliki citarasa estetik dan pemahaman tentang kecantikan.

Gambar obsidian dan tulang, cangkuk dan pelbagai objek batuan bikinan tangan. Jelas sekali bahawa seseorang tidak mampu mendapat bentuk sempurna sebegitu andai hanya menggosok bahan mentah dengan seketul batu.

Ilustrasi di atas menggambarkan obsidian dan tulang, cangkuk dan pelbagai objek batuan bikinan tangan. Jelas sekali bahawa seseorang tidak mampu mendapat bentuk sempurna sebegitu andai hanya menggosok bahan mentah dengan seketul batu. Pukulan yang kasar hanya akan memecahkan tulang dan memusnahkan bentuk yang diingini. Dalam cara yang sama, mustahil juga untuk menghasilkan jaluran tajam dan hujung yang runcing, sekalipun dengan alatan batuan terkeras seperti granit dan basalt. Batu-batu ini dipotong dengan baik, seperti memotong buah-buahan.

Kecerahannya bukan berpunca daripada gilapan seperti dakwaan evolusionis, tetapi daripada bentuknya sendiri. Siapapun yang membuat barang-barang ini pasti mempunyai alatan besi atau keluli untuk membolehkan mereka membentuk bahan-bahan ini dalam cara yang mereka mahukan. Blok batuan keras hanya dapat dipotong tepat dengan menggunakan bahan yang lebih keras, seperti keluli.
Siapapun yang membuat barang-barang ini pasti mempunyai alatan besi atau keluli untuk membolehkan mereka membentuk bahan-bahan ini dalam cara yang mereka mahukan. Blok batuan keras hanya dapat dipotong tepat dengan menggunakan bahan yang lebih keras, seperti keluli.
Share on Google Plus

About Tawaran Biasiswa

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komen:

Catat Ulasan