Manusia 1.5 Juta Tahun Dahulu Sememangnya Menjaga Orang Tua Mereka

Dalam satu isu khas yang menilai penemuan saintifik utama tahun berkenaan, majalah Discover menyediakan banyak ruang tentang penemuan ini, yang mendedahkan bahawa manusia menjaga golongan yang sakit sejak jutaan tahun lalu dan mengambil berat kesihatan mereka. Dapatan ini telah dilaporkan dalam satu artikel di bawah tajuk “Did Homo Erectus Coddle His Grandparents?”, yang mendapati bahawa manusia tidak pernah hidup seperti haiwan sepanjang sejarah, tetapi tetap sebagai manusia.

Pihak evolusionis mendakwa bahawa Homo erectus ialah sejenis bentuk peralihan di antara beruk dan manusia dalam rantaian evolusi. Namun pada hakikatnya, tiada perbezaan di antara rangka manusia moden dengan rangka Homo erectus yang tegak dan bercirikan manusia sepenuhnya.
Fosil tengkorak yang ditemui di Dmanisi, Georgia pada tahun 2005 oleh ahli paleoantropologi bernama David Lordkipanidze. Sumber gambar: http://www.harunyahya.com/image/A_Historical_Lie_The_Stone_Age/skull.box02.8.jpg
Satu fosil yang ditemui di Dmanisi, Georgia pada tahun 2005 sekali lagi membongkar bahawa senario "evolusi sejarah manusia" tidak selari dengan fakta. Menurut tuntutan tidak saintifik golongan evolusionis, manusia pertama hidup umpama haiwan, tiada kehidupan berkeluarga mahupun tatacara sosial. Walau bagaimanapun, satu fosil tengkorak milik seorang tua yang ditemui oleh ahli paleoantropologi bernama David Lordkipanidze menunjukkan bahawa dakwaan ini tidak benar.

Fosil tersebut merupakan kepunyaan seorang tua yang hanya mempunyai sebatang gigi. Saintis yakin bahawa pemilik tengkorak itu mempunyai penyakit lain serta hampir menjadi rompong. Meskipun mempunyai pelbagai penyakit, namun usia panjangnya melambangkan satu bukti penting bahawa dia telah dijaga dan yang lainnya turut mengambil berat dengan kebajikan orang lain.

Lordkipanidze berkata:
Jelas bahawa individu ini sakit ... Kami fikir ini adalah satu hujah yang baik bahawa ia telah mendapat bantuan daripada orang lain di dalam komunitinya.1
Pendokong evolusionis menuntut bahawa manusia membina tingkah laku sosio-budaya sekurang-kurangnya 1.5 juta tahun selepas pemilik tengkorak ini meninggal dunia. Oleh yang demikian, fosil yang dibincangkan menyanggah dakwaan evolusionis, sekaligus membuktikan bahawa jutaan tahun silam manusia bersimpati terhadap orang sakit, menjaga dan melindungi mereka. Penemuan ini sekali lagi mendedahkan bahawa manusia sememangnya tidak pernah hidup sebagai haiwan, namun tetap sebagai manusia.


1 Zach Zorich, "Did Homo erectus Coddle His Grandparents?," Discover, Vol. 27, No. 01, Januari 2006, hal. 67.
Share on Google Plus

About Tawaran Biasiswa

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komen:

Catat Ulasan