Karya Jutaan Tahun Yang Tidak Mampu Dijelaskan Oleh Evolusionis

Benda hidup menurut teori evolusi telah berubah melalui peringkat tertentu, daripada bakteria sehinggalah kepada manusia yang berlaku dalam satu rentetan khayalan selama jutaan tahun. Dalam senario ini, manusia merupakan perubahan benda hidup terakhir yang telah melengkapkan perkembangannya dalam jangka masa 20,000 tahun lalu. Namun penemuan saintifik dan rekod fosil tiada walau satupun bukti bahawa perkembangan sebegitu pernah berlaku. Sebaliknya, ia membuktikan bahawa evolusi tersebut adalah mustahil.

Sfera logam dalam gambar di bawah ialah satu daripada ratusan dalam satu strata di Afrika Selatan yang dianggarkan berusia jutaan tahun. Aluran halus yang terdapat di permukaannya tidak dapat dihasilkan melalui fenomena semulajadi. Penemuan ini membuktikan bahawa logam telah digunakan sejak zaman terawal lagi, dan selama jutaan tahun manusia telah memiliki teknologi untuk membuat alur halus pada logam.
Sfera logam dalam gambar di bawah ialah satu daripada ratusan dalam satu strata di Afrika Selatan yang dianggarkan berusia jutaan tahun. Aluran halus yang terdapat di permukaannya tidak dapat dihasilkan melalui fenomena semulajadi.

Penemuan lain termasuklah perkakasan dan objek hiasan yang pernah digunakan oleh manusia berusia jutaan tahun. Golongan Darwinis tidak mampu menanam salasilah evolusi khayalan mereka berkaitan manusia yang hidup bukan sahaja pada 50, malahan 500 juta tahun dahulu – satu masa yang mereka dakwa tiada makhluk hidup di dunia selain trilobit. Tentunya itu adalah sesuatu yang mustahil! Allah SWT menciptakan manusia dengan firman "Jadilah!", dan begitu juga dilakukan-Nya pada makhluk yang lain.

Pada tahun 1912, dua pekerja Loji Elektrik Perbandaran di Thomas, Oklahoma telah membuat satu penemuan menakjubkan semasa memuat arang batu. Mereka menjumpai satu ketulan padu arang batu yang terlalu besar untuk digunakan, lalu seorang daripada mereka memecahkannya. Kemudian, mereka dapati satu periuk logam di dalamnya. Acuannya kelihatan pada kepingan arang batu setelah periuk itu dikeluarkan. Selepas membuat penelitian, ramai pakar menyatakan bahawa periuk tersebut berusia di antara 300 dan 325 juta tahun. Penemuan ini tidak mampu dijawab oleh golongan evolusionis yang berkeras bahawa penggunaan besi hanya bermula sekitar tahun 1,200 SM.
Selepas membuat penelitian, ramai pakar menyatakan bahawa periuk tersebut berusia di antara 300 dan 325 juta tahun. Penemuan ini tidak mampu dijawab oleh golongan evolusionis yang berkeras bahawa penggunaan besi hanya bermula sekitar tahun 1,200 SM.

Oleh itu, kita berkemungkinan membuat penemuan berkaitan tinggalan manusia yang hidup pada 500 juta tahun dahulu sebagaimana mereka yang hidup 100 juta tahun lalu. Allah SWT yang menciptakan segala sesuatu daripada tiada pasti dapat mencipta benda hidup lain yang kehendaki-Nya pada bila-bila masa. Ini sudah tentu satu perkara yang mudah bagi Allah SWT, dengan kekuatan dan kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Namun memandangkan pihak Darwinis gagal memahami hakikat ini, mereka tiada penjelasan berkenaan semua bukti Penciptaan. Mereka tiada jalan kecuali mengulangi senario yang telah disanggah oleh fakta-fakta saintifik. Tetapi seiring dengan masa yang berlalu, bukti-bukti daripada penggalian yang dijalankan terus memusnahkan dogma evolusi.
Majalah Scientific American keluaran 5 jun 1852 telah memuat satu laporan mengenai penemuan tinggalan kapal logam berusia kira-kira 100,000 tahun. Kapal berbentuk loceng itu menyerupai warna zink atau komposisi logam dengan sejumlah unsur perak.

Majalah Scientific American keluaran 5 jun 1852 telah memuat satu laporan mengenai penemuan tinggalan kapal logam berusia kira-kira 100,000 tahun. Kapal berbentuk loceng itu menyerupai warna zink atau komposisi logam dengan sejumlah unsur perak. Terdapat bentuk halus karangan bunga, anggur atau bunga malai pada permukaannya. Pihak evolusionis yang mendakwa bahawa logam tidak digunakan dalam zaman terawal tidak berdaya menjelaskan penemuan ini. Orang yang mencipta artifak ini pastinya memiliki kebudayaan tinggi yang mampu menghasilkan sebatian dan kerja logam.
Pelbagai Karya Jutaan Tahun Yang Tidak Mampu Dijelaskan Oleh Evolusionis.
  1. Alu dan lesung dalam gambar di atas ditemui pada tahun 1877 di dasar sungai purba di bawah Pergunungan Table (Table Mountain). Dasar sungai yang berusia sekurang-kurangnya 33 juta tahun itu membuktikan bahawa manusia sememangnya telah menjalani kehidupan manusia sejak dahulu lagi.
  2. Fosil tapak kasut ini ditemui pada batu berusia 213 juta tahun. Manusia telah memakai kasut sejak jutaan tahun dahulu dan tidak diragukan turut berpakaian, menikmati budaya kulinari serta memiliki hubungan sosial yang menggembirakan. Satu-satunya foto yang diketahui berkenaan fosil ini diterbitkan dalam satu akhbar di New York pada tahun 1922. Penemuan sedemikian yang menyanggah dakwaan evolusi sejarah manusia cuba disembunyi atau diabaikan oleh golongan evolusionis.
  3. Bentuk menyerupai wajah manusia terukir pada serpihan batu api berusia 3 juta tahun ini. Amat sukar untuk membuat lubang biasa sebegitu pada batu api, dan perkakasan logam khas turut diperlukan untuk tujuan tersebut. Mustahil untuk ia dihasilkan dalam keadaan yang sangat primitif sebagaimana didakwa oleh para evolusionis.
Share on Google Plus

About Tawaran Biasiswa

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komen:

Catat Ulasan