Perspektif sejarah evolusionis mengkaji sejarah manusia dengan membahagikannya kepada beberapa tempoh, sebagaimana yang mereka lakukan pada perjalanan evolusi manusia. Konsep rekaan seperti Zaman Batu, Zaman Gangsa dan Zaman Besi merupakan bahagian penting dalam kronologi evolusionis. Memandangkan gambaran palsu ini disampaikan di sekolah, televisyen dan akhbar, kebanyakan orang menerima gambar khayalan ini tanpa berfikir panjang dan membayangkan bahawa manusia dahulu kala tinggal dalam era di mana hanya alatan batuan primitif sahaja telah digunakan dan teknologi belum wujud.
Namun apabila penemuan arkeologi dan fakta-fakta saintifik dikaji, akan terbongkar satu gambaran yang sangat berbeza. Kesan dan tinggalan yang didapati pada masa kini – peralatan, jarum, serpihan seruling, dandanan peribadi dan perhiasan – menunjukkan bahawa dari segi budaya dan sosial, manusia tetap menjalani kehidupan bertamadun di sepanjang lipatan sejarah.
Ratusan ribu tahun yang lalu, manusia tinggal di rumah, terlibat dalam sektor pertanian, bertukar barangan, menghasilkan tekstil, makan, melawat saudara-mara, berminat dalam muzik, melukis, merawat orang sakit, melakukan ibadah. Pendek kata, mereka melalui kehidupan normal sama seperti yang mereka lakukan hari ini. Golongan yang mengikuti ajaran para nabi utusan Tuhan telah beriman kepada-Nya, Tuhan Yang Maha Esa, sementara yang lain menyembah berhala. Pengikut yang beriman kepada Tuhan memegang nilai-nilai moral yang diperintahkan oleh-Nya, manakala yang lain terlibat dalam amalan karut dan upacara menyimpang. Di sepanjang pentas sejarah, terdapat orang-orang yang percaya kepada kewujudan Tuhan, serta orang-orang kafir dan ateis, sebagaimana yang wujud pada zaman ini.
Sepanjang sejarah, tentunya sentiasa ada golongan yang hidup dalam keadaan serba mudah, lebih mundur dan ada juga masyarakat yang lebih moden. Tetapi ini tidak menggambarkan bukti evolusi sejarah, kerana sementara satu bahagian dunia melancarkan kapal ke angkasa lepas, rakyat di kawasan lain masih belum mengenali elektrik. Namun, ini tidak bermakna bahawa mereka yang membina kapal angkasa lebih maju dari segi mental atau fizikalnya –berkembang di landasan evolusi dan maju budayanya – tidak juga golongan yang lain lebih mirip dengan manusia-beruk khayalan. Ini sekadar menunjukkan perbezaan dalam kebudayaan dan ketamadunan.
0 komen:
Catat Ulasan