Zaman Batu Tidak Pernah Wujud

Dalam zaman yang diada-adakan oleh golongan evolusionis sebagai ‘Zaman Batu’, manusia beribadah, mematuhi ajaran yang disampaikan oleh utusan yang dihantar kepada mereka, membina bangunan, memasak makanan di dapur, berbual dengan keluarga, melawat jiran tetangga, tukang jahit menjahit pakaian untuk mereka, dirawat oleh doktor, berminat dalam muzik, lukisan, membuat patung – ringkasnya, menjalani kehidupan normal. Sememangnya terdapat perubahan dalam teknologi dan himpunan ilmu pengetahuan sepanjang sejarah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh penemuan arkeologi. Tetapi manusia tetap hidup sebagai manusia.
Kalung Neolitik Akhir yang diperbuat daripada batu dan kulit yang bukan sahaja mencerminkan kesenian dan citarasa manusia pada waktu itu, malah membuktikan bahawa mereka telah memiliki teknologi untuk menghasilkan objek hiasan sedemikian.
Gambar di atas menunjukkan kalung Neolitik Akhir yang diperbuat daripada batu dan kulit yang bukan sahaja mencerminkan kesenian dan citarasa manusia pada waktu itu, malah membuktikan bahawa mereka telah memiliki teknologi untuk menghasilkan objek hiasan sedemikian.
Pelbagai bekas, model meja, dan sudu yang bertarikh antara 7,000 dan 11,000SM memberi maklumat penting tentang taraf hidup manusia pada zaman tersebut.
Pelbagai bekas, model meja, dan sudu yang bertarikh antara 7,000 dan 11,000SM memberi maklumat penting tentang taraf hidup manusia pada zaman tersebut. Menurut evolusionis, penduduk zaman itu baru sahaja mengamalkan gaya hidup tetap dan beradab. Namun kesemua bahan yang terdapat dalam gambar di atas menunjukkan bahawa kebudayaan mereka tidak kekurangan apa-apa dan menjalani cara hidup bertamadun. Sama seperti yang kita lakukan pada masa kini, mereka berkumpul di meja, makan menggunakan pinggan, pisau, sudu dan garpu, melayani tetamu dan memberi jamuan – pendek kata, menjalani kehidupan biasa. Jika semua penemuan ini dikaji secara menyeluruh, kita dapati bahawa dengan pemahaman artistik, ilmu perubatan, kaedah teknikal dan kehidupan sehariannya, orang Neolitik mengharungi kehidupan manusia sepenuhnya sepertimana orang-orang sebelum dan selepas mereka.

Manik batuan yang berusia 12,000 tahun

Menurut ahli arkeologi, batuan yang terdapat dalam gambar di bawah, berasal daripada zaman sekitar 10,000SM, telah digunakan sebagai manik. Lubang yang sempurna dalam batuan keras itu perlu diberi perhatian, kerana mesti ada alat yang diperbuat daripada keluli atau besi yang telah digunakan untuk menggerudinya.
Lubang yang sempurna dalam batuan keras itu perlu diberi perhatian, kerana mesti ada alat yang diperbuat daripada keluli atau besi yang telah digunakan untuk menggerudinya.

Butang berusia 12,000 tahun

Butang tulang dalam gambar di bawah digunakan sekitar 10,000SM ini menunjukkan bahawa manusia pada zaman itu telah mempunyai pakaian yang berkancing. Sebuah masyarakat yang menggunakan butang juga semestinya biasa dengan aktiviti menjahit, membuat pakaian dan menenun.
Butang tulang dalam gambar di bawah digunakan sekitar 10,000SM ini menunjukkan bahawa manusia pada zaman itu telah mempunyai pakaian yang berkancing. Sebuah masyarakat yang menggunakan butang juga semestinya biasa dengan aktiviti menjahit, membuat pakaian dan menenun.

Jarum dan penebuk berusia 9,000 hingga 10,000 tahun

Jarum dan penebuk yang berasal daripada kira-kira tahun 7,000 hingga 8,000SM dalam gambar di bawah memberi bukti penting berkenaan kebudayaan manusia di kala itu. Orang yang menggunakan penebuk dan jarum pastinya menjalani kehidupan manusia sepenuhnya, dan bukannya kehidupan animalistik sebagaimana yang diada-adakan oleh evolusionis.
Orang yang menggunakan penebuk dan jarum pastinya menjalani kehidupan manusia sepenuhnya, dan bukannya kehidupan animalistik sebagaimana yang diada-adakan oleh evolusionis.

Penebuk tembaga berusia 12,000 tahun

Penebuk tembaga dalam gambar berikut berasal dari zaman kira-kira 10,000 SM, adalah bukti bahawa logam telah diketahui, digali dan dibentuk dalam tempoh berkenaan. Bijih tembaga yang biasanya didapati dalam bentuk kristal atau serbuk, muncul dalam bentuk lipit dalam batuan lama yang keras. Mana-mana masyarakat yang menghasilkan penebuk tembaga semestinya telah mengenali bijih tembaga, berjaya mengasingkannya daripada batu dan memiliki teknologi untuk mengusahakannya. Ini membuktikan bahawa mereka bukan baharu sahaja menjadi maju sebagaimana yang dikatakan oleh evolusionis.
Mana-mana masyarakat yang menghasilkan penebuk tembaga semestinya telah mengenali bijih tembaga, berjaya mengasingkannya daripada batu dan memiliki teknologi untuk mengusahakannya. Ini membuktikan bahawa mereka bukan baharu sahaja menjadi maju sebagaimana yang dikatakan oleh evolusionis.

Seruling dalam gambar di bawah berusia kira-kira 95,000 tahun. Orang yang hidup puluhan ribu tahun yang lalu juga memiliki satu citarasa kebudayaan musikal.
Seruling dalam gambar di bawah berusia kira-kira 95,000 tahun. Orang yang hidup puluhan ribu tahun yang lalu juga memiliki satu citarasa kebudayaan musikal.
Share on Google Plus

About Tawaran Biasiswa

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komen:

Catat Ulasan